Jus anggur

anggur.jpg

Bahan-bahan:
15-20 biji anggur
1/4 (50ml) cawan air

Cara menyediakan:
1.  Bersihkan anggur. belah dua dan bunag bijinya.
2.  Masukkan anggur dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga anggur hancur.
3.  Sedikit gula.
4.  Tambah sedikit ais sekiranya ingin dihidang sejuk.

Leave a comment »

Pajeri Nenas

pajeri.jpg

 Bahan
1 biji nenas – dipotong bulat dan dibelah 2
2sm kerisik
2sm rempah kari daging (mklang campur skit cili kering)
½ cwn santan pekat
3 biji cili merah – belah 2

Kulit kayu manis }
Bunga cengkih } bahan penumis
Buah pelaga }

4 biji bwg merah – dihiris
Garam

Bahan dikisar :
6 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
Halia

Cara
Satukan bahan kisar dengan rempah daging hingga sebati.
Panaskan minyak dan tumiskan bwg merah hiris hingga kuning
Masukkan bahan penumis, campuran rempah kari daging dan kerisik. Kacau rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga bau wangi.
Seterusnya masukkan nenas, santan dan 1½ cwn air
Bila mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa. Kemudian masukkan cili merah dan kacau hingga pekat…tutup api.

• boleh juga dimasukkan terung panjang yang dibelah 2 dan dipotong 4

Leave a comment »

Cencaru Kerutup Hitam

cencaru-kerutub-hitam.jpg

 ikan cencaru } haruslah digoreng dahulu

10 biji bwg merah }
1cm kunyit hidup } kisar
1 sudu kecil lada hitam } tumbuk kasar
Garam

Cara
Panaskan minyak.Tumiskan bhn kisar hingga wangi.Masukkan lada hitam dan sedikit garam,….kacau2.
Masukkan ikan dan biarkan kering seketika.

# Sedap dimakan bersama nasi putih yg panas berasap tuh…

Leave a comment »

Cendawan Tepung Seirama

deep-fried-oyster-mushroom.jpg

 Bahan
2 pkt Osyter Musroom (500gm)

A. Bahan kisar
4 Ulas Bawang Putih
2 sm Ketumbar biji
Bahan ini di kisar halus

Bahan B.
2 cawan Tepung Beras
1 cawan Potato starch (tepung kentang)
1 biji telor
1/2 st bicarbonate soda
sedikit garam dan perasa

Satukan bahan A. dan B campur dengan sedikit air sa-perti adunan
goreng pisang. Biar sebati 10 minit.
Panaskan sa-cukup minyak, celup cendawan dalam adunan tepong dan di
goreng hingga kekuningan atau garing.

Nota : campurkan sedikit adunan ni dengan chili powder, lada sulah dan boleh jugak letak curry powder sedikit…

[quote]

Leave a comment »

Kuih Keria

 kuih-keria.jpg

 Mula-mula: 

Keledek – direbus dan letak sedikit garam
Tepung gandum

Cara
Lenyek keledek yang direbus tadi hingga halus.
Masukkan tepung sikit demi skit sehingga dapat adunan yang dikehendaki dan gentelkan bulat-bulat dan bolehlah digoreng dalam kuali.

Cara buat air gula
2sb gula pasir
2sb air paip

Masukkan bahan di atas di dalam kuali dengan api yang kecil…kacau…tunggu hingga buih2 gula kelihatan dan pada masa tu masukkan kuih tadi dan gaulkan sebati…lama kelamaan gula tu akan membeku dan tutuplah api…kacau bagi kesemuanya kuih tersebut bersalut dengan gula sepenuhnya.

Leave a comment »

Apam Salju

apam-salju.jpg

Bahan A
1 mug tepung beras ] ayakkan
1 mug tepung gandum ]
1 1/2 mug gula
1/2 s/kecil yis mauripan

Bahan B
1 mug nasi
1 1/2 mug air

pewarna..merah.. hijau..kuning
kelapa parut [muda] ]
garam ] gaulkan

Cara
1. Gaulkan bahan A sama rata.
2. Mesinkan bahan B sehingga halus dan gaulkan bersama bahan A.
3. Bahagikan adunan pada 3 mangkuk.
4. Masukkan satu warna dalm setiap mangkuk.
5. Peramkan sehingga 3 atau 4 jam
6. Panaskan kukusan sehingga air mendideh.
7. Tuangkan adunan sehingga penuh acuan/mangkuk yg digunakan.
8. Kukus selama 10 – 12 minit.
9. Bila telah masak sejukkan.
10 Keluarkan kueh dan hidangkan bersama kelapa parut yg telah digaulkan dengan kelapa

Leave a comment »

Kuih Lapis Idaman

kuih-lapis-kopi.jpg

Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1 sudu teh garam
Bahagian B
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu makan serbok koko
1 sudu makan serbok nescafe
1/4 cawan air suam
semua bahan ini dicampur rata dan tapis.

Bahan C
1/4 cawan air suam

Cara:
1) Gaulkan semua bahan A sehingga sebati, dan tapiskan. Bahagi kepada dua bahagian.
2) Masukan bahan B kedalam satu adonan, kacau rata.
3) Biarkan warna asal satu adonan dan campurkan bahan Cm kacau rata,
4) Masukkan satu senduk adunan koko ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
5) Lapiskan satu sendok adonan asal dan kukus semula selama 5 minit.
6) Lapiskan adunan koko dan warna asal berselang seli sehingga adunan habis

Leave a comment »

Karipap Daging

karipapa.jpg

Bahan Doh
4 cwn tepung
4 sb majerin – dicairkan
Air + garam secubit

Cara
Majerin panaskan dulu pastu masukkan dlm adunan tepung..gaul dan masukkan air skit demi skit..uli hingga doh tak melekat kat tangan

Inti daging

Daging cincang
Bwg besar – cincang
Kentang – ptg dadu

Bhn tumbuk
bwg merah
bwg putih
udang kering

Daun sup
Rempah kari daging
Air asam jawa

Cara
Tumiskan bhn tumbuk hingga wangi.
Masukkan kari daging…kacau
Masukkan daging, kentang dan air asam jawa
Biarkan mendidih dan kentang empuk…masukkan garam….dan last sekali masukkan daun sup

Leave a comment »

Mee Hoon Goreng Taucu

mee-hoon-goreng-taucu.jpg

Bahan-bahan
1 paket meehoon

Bhn Kisar
Cili kering
Tauchu
Bwg putih
Bwg merah
Carrot } dihiris
Kobis }
Taugeh
1 kiub ayam
kicap
Fishcake }
Sotong } digoreng dahulu
Udang }

Bahan Hiasan
Daun sup/bwg
cili merah
bawang goreng
telur dadar

Cara
Tumiskan bhn kisar hingga wangi…campakkan seketui kiub ayam.
Masukkan fishcake,sotong dan udang….kacau…masukkan kicap..gaul sebati.
Masukkan bahan hiris.
Masukkan meehoon dan kacau sekata.
Tabur dengan bahan hiasan.

Leave a comment »

Mee Kari

mee-kari-ummpp.jpg

BAHAN KUAH :
Bwg putih }ditumbuk halus
Bwg merah }
Rempah 4 sekawan } kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih
Kari ikan + kari daging + cili kering } jadikan pes
Udang hidup } direbus dan diblend bersama kulit udang dan tapis buang hampasnya
Kerang
Santan pekat
Santan cair
Daun kari
Taupok – option (kalau ada lagi bagus)
Fish cake/fish ball
Asam keping

BAHAN HIASAN :
Daun sup/bwg
Bwg goreng
Cili merah
Telur rebus
Sawi/Taugeh – dicelur
Ayam – ayam ni digoreng dahulu dan siat ambil isinya
Sambal tumis kosong / cili jeruk
Daun Fucuk – digoreng

CARA :
Tumis bwg yg ditumbuk tadi bersama rempah 4 sekawan hingga wangi.
Masukkan rempah kari tadi dan daun kari, biarkan sekejap hingga wangi.
Masukkan santan cair bersama pes udang yang diblend tadi.
Masukkan fish cake/fish ball, kerang, taupok, campakkan asam keping dan masukkan garam.
Dah mendidih masukkan santan pekat, tunggu hingga masak dan tutup api.
TIPS : 1. Ayam tu JANGAN dimasukkan didalam periuk ketika memasak kuah, cukup sekadar menaburkan isi ayam itu ketika ingin menjamu selera…kalo masuk jugak rasa macam kari ayam ..dah lari rasanya….
2. Nak sedap, letak sambal tumis kosong dan cili jeruk…..kuah tersebut akan menjadi kemerah2an….memang umppppp!!!!! Sambal ni buat macam kita buat sambal tumis tuh…
3. Mee kari sedap kalau ada kerang

Leave a comment »